Wellbeing – Senaman 5 minit je dengan Coach Amirah
15 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 April 2025, telah berlangsung Wellbeing – Senaman 5 minit je dengan Coach Amirah. Taklimat ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:15 am sehingga pukul 10:30 am. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, peserta menonton video Wellbeing Senaman 5 minit bersama Coach Amirah. Seterusnya, Coach Amirah mengajar cara membuat senaman Marching iaitu mengangkat kaki dan turunkan selama 20 kali. Selain itu, Coach Amirah mengajar cara membuat senaman Press iaitu monolak tangan ke atas ulang sebanyak 20 kali. Akhir sekali, Coach Amirah mengajar tip pernafasan iaitu menarik nafas dan tahan selama 4 saat dan hembuskan selama 6 saat.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang senaman ringkas yang dapat dilakukan. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: